Sejarah Masjid Sultan Ahmed

Hippodrome lama Constantinople dengan Masjid Biru di sebelah kiri. Lukisan oleh Jean-Baptiste van Mour, separuh pertama abad ke-18Foto lama Masjid Biru, diambil sebelum 1895

Selepas peristiwa Kedamaian Zsitvatorok yang memalukan dan membuat keputusan untuk tidak berperang dengan Parsi, Sultan Ahmed I membuat keputusan untuk membina sebuah masjid besar di Istanbul . Masjid ini ialah masjid di Raja yang pertama dalam empat puluh tahun pemerintahanya. Berbanding sultan-sultan terdahulunya yang telah membayar untuk pembinaan masjid mereka dengan harta rampasan perang mereka, Sultan Ahmed I terpaksa mengeluarkan wang daripada perbendaharaan, kerana baginda tidak memenangi mana-mana peperangan yang terkenal. Hal ini menyebabkan kemarahan ulama, para sarjana hukum Muslim.

Masjid ini dianggap telah dibinakan pada tempat istana maharaja Byzantin, menghadapi Hagia Sophia (yang ketika itu ialah masjid yang terhormat di Istanbul) dan hippodrom, suatu tempat yang mempunyai tanda kepentingan hebat. Bahagian-bahagian besar sebelah selatan masjid terletaknya penubuhan, bilik kebal dan undercroft Istana Raya. Beberapa istana, telah dibina pada tempat yang sama, telah dibeli (pada harga mahal) dan dirobohkan, terutamanya istana Sokollu Mehmet Paşa, dan bahagian-bahagian besar Sphendone (tribune yang melengkung dengan struktur bentuk-U curved pada hippodrome).

Pembinaan masjid bermula pada Ogos 1609 apabila sultan itu sendiri datang untuk memecah tanah. Niat baginda bahawa ini akan menjadi masjid pertama pada empayarnya. Dia melantikkan arkitek dirajanya Sedefhar Mehmet Ağa, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan sebagai arkitek bertugas pada pembinaan itu. Pertubuhan kerja dijelaskan dalam perincian dengan sangat teliti dalam lapam volum, sekarangnya di dalam perpustakaan Istana Topkapı. Majlis pembukaan telah dijalankan pada 1617 (walaupun pintu masjid merakamkan 1616) dan sultan dapat bersolat di kotak diraja (hünkâr mahfil). Tetapi bangunan belum lagi diselesaikan pada tahun akhir pemerintahannya, oleh kerana keterangan-keterengan terakhir ditandatangani oleh pewarisnya Mustafa I.

Rujukan

WikiPedia: Masjid Sultan Ahmed http://www.gezginrehberi.com/Detail.aspx?c=193 http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.ianandwendy.com/OtherTrips/IcelandGreec... http://www.muslimheritage.com/features/default.cfm... http://www.pointsfromturkey.com/Blue_Mosque.html http://www.tulpart.com/pic.asp?cmd=2&cid=5&sid=18 http://ansiklopedi.turkcebilgi.com/Sultanahmet_Cam... http://www.zahra.dk/sultan_ahmed_mosque.htm http://prpm.dbp.gov.my/ http://e-turkey.net/v/istanbul_sultanahmet_blue_mo...